OOO

Ad

Ahad, April 13, 2014

Resepi Bihun Sup Sedap



As'salammualakum

Kalau malas nak masak bila gi jejalan hari cuti untuk makan malam akak buat ajer bihun sup.  Malas nak masak nasi dan lauk pauk.

Bahan-bahan
  • 5 biji bawang putih
  • 1/2 sudu teh lada hitam-kalau nak pedas..tambah lagi..
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 400gm bihun 
  • 10-15 ekor udang basah-dibersihkan
  • 2 keping dada ayam
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • air secukupnya
  • minyak dan garam secukupnya.
  • 1 biji telur-dipukul sekejap
versi buh daging
Sayur-sayuran
  • sayur - pilihan sendiri
  • daun sup dan daun bawang-dipotong kecil


Bahan tambahan
  • 5 biji bawang kecil-dihiris tipis dan digoreng-kalau nak guna bawang goreng segera pun boleh.
  • 2 biji bawang putih-dihiris tipis dan di goreng bersama bawang kecil.
  • sambal kicap
Cara-cara

1. Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.  Bihun di rendam dan di celur dengan air panas sebentar lalu di toskan. 
2. Tumis bahan yang telah di tumbuk kemudian masukkan udang dan kacau sebentar.
3. Masukkan air  bersama dada ayam dan biarkan air menggelegak.
4. Bubuh kiub ayam, sos tiram, kicap manis, garam dan lada putih.
5. Bila menggelegak, keluarkan dada ayam kemudian masukkan masukkan  sayur-sayuran dan telur yang dipukul dan kacau dengan garpu cepat-cepat..kalau tidak nanti tak bertali telur tu....
6. Masukkan garam.
7. Tuang keatas bihun yang telah digoreng dan tabur bawang goreng dan daun sup/bawang.
8. Sedap di makan panas-panas...bubuh pulak sambal kicap.

5 ulasan:

  1. Assalam Kak ina...
    Wah bestnya bihun sup....

    BalasPadam
  2. Dalam keadaan perut yg tak sihat ni makan sup panas2 sedap jugak kan kak.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kakina..sedapnya walaupun simple...:)

    BalasPadam
  4. Nampak macam sedap jer.. kalau x cuba belum tahu..

    BalasPadam
  5. my pevret tuh!tp nak membuatnya xtahu bila..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers