OOO

Rabu, April 09, 2014

Resepi Kuih Bijan/Bom Keledek

As'salammualaikum semua

Kadang kadang malas betul nak buat sarap petang/minum petang tapi bila tenguk suami dan anak balik dari sekolah, rasa kesianlah pulak.
Kalau kat Kuala Lumpur senang ajer nak cari kuih muih kalau malas buat, kat Miri ni kalau nak cari memang jauh dari rumah.  

Jarang nak jumpa orang jual kat tepi jalan ataupun kat depan umah cam kat sana.  Lagipun kenderaan tak ada, sebab belah petang hb bawa keta sebab nak gi ambik Imran balik dari sekolah petang.
Selalu buat kueh bijan guna tepung pulut tapi taulah kalau buat dari tepung pulut rajinlah kueh ni meletup kalau guna api kuat.  Pertama kali akak guna keledek buat kueh bijan...kat sini banyak jual keledek warna oren.
Ada gak yang panggil kuih bom keledek, tak kisahlah nak panggil apa pun..resepi ni akak ambil dari blog Azie


Bahan2


500 gram keledek
1 cawan tepung gandum
1 cawan bijan
1 sudu kecil garam
Minyak bagi menggoreng


Bahan Inti


1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air


Cara cara utk inti:
Kacau bahan2 inti dengan api sederhana hingga pekat dan masak hingga kering. Ketepikan.





Cara cara:
1.Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.  Rebus dengan air dan garam hingga lembut.  Kemudian toskan.
2.Lumatkan keledek dan gaulkan dengan tepung.
3.Leperkan adunan keledek dan masukkan satu sudu kecil inti. Inti dibulat bulat dan genggam dg kuat supaya padat.
4.Uli menjadi bebola kecil dan golekkan di atas bijan.
5.Goreng dengan api sederhana hinggawarna bijan menjadi kuning keemasan.
6.Angkat dan hidangkan




8 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    saya suka kuih bom ni...tapi tak pernah buat. Kalau yang letak keledek...lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii suka. manis gitu rasa keledeknya. Sib baik kak ina dok miri, kalau tak dah pergi ketuk pintu bawak pinggan kosong ;)

    BalasPadam
  2. teringin nk mkan kuih bom keledek nie...mcm sdap jewk...slalu mkan tpung plut...

    BalasPadam
  3. dah lama betul tak makan kuih ni. bakkk sikit kuih bommm nih..

    BalasPadam
  4. Salam K.Ina..kuih ni mmg sedap...nk membuatnya tu yg malassss sikit.hehe...

    BalasPadam
  5. gune keledek sedap lagi kak.. hehe

    BalasPadam
  6. saya memang suka kuih bom ni tak kira keledek atau tepung pulut memang terbaik........

    BalasPadam
  7. Saya suka makan roti bom ini. :-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers