OOO

Khamis, April 17, 2014

Resepi Mee Jawa

Assalammualaikum

Duk kat sini rasanya tak banyak masa lapang cam duk kat Kuala Lumpur.  Sekejap ke sana, sekejap ke sinun.  

Mee Jawa ni akak buat dah lama, baru jumpa gambar.  Kat sini banyak tempat yang jual mee jawa, pernah cuba 2 tempat tapi rasa kat tekak akak ni cam kurang ajer.

Tulang rusa ni akak rebus bersama dengan daging rusa sebab ada lebih masa beli dulu, akak ambil resepi dari blog Kak Hanieliza
Bahan : 
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg. daging - rebus lembut dan hiris nipis
300 gm tauge - buangkan kakinya
2 tangkai daun bawang - dihiris
5 biji cili merah - dihiris
3 keping tauhu goreng - dihiris nipis
3 biji telur rebus - dibelah
3 biji limau nipis - dibelah
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah: 

1/2 kg keledek - direbus & dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
3 batang serai - dikisar
Sedikit halia - dikisar
sedikit lengkuas - dikisar
100 gm udang kering - dikisar
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
air rebusan daging
garam dan gula secukup rasa 


Cara memasak kuah :
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan keledek yang dikisar halus tadi. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga kuah mendidih.
Masukkan mee yang dicelur dalam pinggan dan letakkan bahan2 sampingan dan kemudian tuang kuah atas mee tadi.




8 ulasan:

  1. nti nak trylah
    nak bagi kat mak rasa hehe

    BalasPadam
  2. Kak sedapnyer...telan ailio nengok tau...lapo lak rasa..

    BalasPadam
  3. ni sama ke dengan mee rebus kl tu erk ? rasa mcm x pernah makan..nampak menyelerakan..

    BalasPadam
  4. Salam ukwah..salam perkenalan.. 1st Blogwalking time sampai sini.. salam dari MyCherita

    BalasPadam
  5. salam,

    kak ina, lamanya saya tk datang blog akak sampai tak tau pun akak dah pindah miri... sy baca kat entri ni "Duk kat sini rasanya tak banyak masa lapang cam duk kat Kuala Lumpur"... terus eh, kak ina dah pindah mana... terus search kat blog akak bru tau dah pindah miri hihi...

    BalasPadam
  6. Thank you for sharing the recipe. Looks really delicious!

    BalasPadam
  7. sedapnya ! teringin nak makan ! tapi malas nak buat ... sobs

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kakina...sedapnya..:)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...