OOO

Selasa, April 01, 2014

Resepi Rendang Daging Ala Minang

As'salammualaikum

Salah satu kesukaan anak-anak yang akak selalu tunaikan.  Resepi ni dari mak akak dan dah pernah gak tepek kat blog.  
Bahan-bahan:
  • 1 kg daging lembu-potong besar
  • 20 batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing*
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 15 biji bawang merah#
  • 8 biji bawang putih#
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 inci kunyit hidup#
  • 4 batang serai#
  • 3 batang serai-tumbuk hujung
  • 3 helai daun kunyit-siat dan simpul
  • 1kg  santan kelapa pekat
  • 3-4 cawan air
  • 2 sudu makan kerisik
  • sedikit minyak
  • garam
Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Potong daging, basuh dan dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis semua bahan-bahan kisar bertanda *.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan daging , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan  air. 
Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.  Biarkan rendang mendidih dengan api sederhana besar.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik dan garam.  
Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.  Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.

3 ulasan:

  1. makan dengan lemang sedap ni...

    BalasPadam
  2. inilah yang terkenal di dunia rendang padang/minang

    BalasPadam
  3. Rasa nak ratah jer nie...sedap jugak cecah dengan pulut kuning....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers