OOO

Jumaat, Mei 23, 2014

Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2014 - Malaysia Lawan Jepun (Final)

Kena ambik tau gak pasal Piala Thomas 2014 sebab bukan ada setiap tahun pun.  Kami sekeluarga tenguk siaran secara langsung di HD829 Astro.



Seronok gak sekali sekali layan sukan ni..anak akak Yana pun tenguk gak kat tv di umah dia di India. :)

Mengejutkan sungguh keputusan separuh akhir Piala Thomas malam malam ni yang berlangsung di New Delhi India malam tadi.

Setelah tidak berjaya ke final selama 12 tahun akhirnya Malaysia berjaya menjejak kaki ke perlawanan akhir nanti.

Keputusan Separuh Akhir

Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia 3-0

-Chong Wei mengalahkan Tommy Sugiarto
21-10 dan 21-13

Bergu negara, Tan Boon Heong/Hoon Thien How bermain tiga set menundukkan Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan dengan 
21-19, 8-21 dan 23-21 (berdebar tenguk mereka bermain tadi..dup dap dup dap)

Mata terakhir Chong Wei Feng mengalahkan Dionysius Hayom Rumbaka dengan 
21-10 dan 21-17

Jepun mengalahkan China 3-0

Malaysia akan bertemu dengan Jepun pada perlawanan akhir  25 Mei 2014 pada hari Ahad ini.

Terkejut gak bila Jepun dapat mengalahkan negara China yang sememangnya handal.  Bukan senang nak mengalahkan skuad negara China ni kan.

Semuga skuad Malaysia akan berjaya membawa pulang Piala Thomas  tahun ini.  Malaysia Boleh !!!

1 ulasan:

  1. Salam K.ina..sama la dgn atie mlm tadi...tonton badmintaon gak..tak bukak channel lain pon :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers