OOO

Ad

Rabu, Mei 07, 2014

Resepi Kuih Kasturi @ Kuih Rengas @ Kuih Kacang Hijau

Assalammualaikum

Di setengah tempat panggil kuih kasturi, ada yang panggil kuih rengas tapi akak panggil kuih kacang.

Selalunya akak buat kuih kacang ni buh tepung tapi kali ni akak ikut resepi dari blog Mas.  Rasa lembut dan enak di makan tanpa di campurkan dengan tepung.


Inti Kacang Hijau
Bahan :
  • 1 cawan kacang hijau
  • 3/4  cawan gula pasir- (akak campur brown sugar)-kalau nak manis tambahlah  
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya untuk merebus kacang
Cara membuatnya :

  1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
  2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana perlahan.
  4. Apabila sudah mula kering, perlahankan api..dan kacau sentiasa.
  5. Untuk memastikan inti sudah masak - kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe
  6. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
  7. Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.
  8. inti ini juga tahan disimpan dalam peti sejuk dan sedia saja untuk digunakan..jadi jimat masa kan.

Bahan2 membuat adunan tepung :
  • 1/2 cawan tepung gandum-akak campur sedikit dengan tepung beras
  • 1/3 sudu makan marjerin-tak letak
  • 1 sudu kecil garam
  • secubit gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Minyak secukupnya untun menggoreng - lebih kurang 2 cawan
Cara membuatnya :
  1. Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
  2. Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

9 ulasan:

  1. Nampak macam sedap... Nanti boleh cuba masak ni

    BalasPadam
  2. kuih feveret saya ni kak ina... kole kacang... ais krim kacangni.. aduhhh lama xjamah

    BalasPadam
  3. Saya suka sangat makan kuih kasturi ni. Kalau mak pergi pasar je mesti kirimkan.

    BalasPadam
  4. akak pun suka kuih ni tp buat xpenah menjd!huhu...

    BalasPadam
  5. sedapnya...dah lama tak buat...terliur plak tengok kak

    BalasPadam
  6. satu resepi yang agak menarik ... menarik sangat untuk dijadikan juadah berbuka

    BalasPadam
  7. sy suka kuih ni hehe sedap2 minum ptg2

    BalasPadam
  8. Salam K.Ina..atie suka buat kuih kasturi ni tp tak suka mknnya...:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers