OOO

Selasa, Mei 20, 2014

Resepi Rendang Itik Sedap

Assalammualaikum semua

Dah minum petang ker belum?
Jom layan rendang itik ikut resepi omak akak. 
Omak den kato ni resepi orang minang.  Nasib baiklah kat sini ado itik..sonang hati den :)

Bahan-bahan
  • 1 ekor itik-di potong 12
  • 1 1/2  sudu makan jintan manis*
  • 1 1/2 sudu makan ketumbar*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 1/2  sudu kecil lada hitam*
  • 15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang serai-3kisar- 2 titik hujung
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
  • 1/2 kg  santan pekat (beli yang kira kg ajer)
  • sedikit air-nak lembutkan daging itik
  • 1 keping asam keping
  • sedikit minyak 
  • garam
 Cara-cara
1.  Bersihkan itik dengan tepung gandum, bilas dengan air  dan toskan.  Masukkan dalam p/cooker dan masak dengan api perlahan selama 20-30 minit.(kalau itik tua)
2.  Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
3.  Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup bersama 3 batang serai.
4.  Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan no 2.
5.  Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula itik. Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk.  (klu guna p/c x pyh ikut step ni yer)
6.  Kacau dan masukkan santan pekat, sekeping asam keping  dan sedikit air.
7.  Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
8.  Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam dan rasa.
9.  Bila dah agak pekat, kecilkan api..takut hangit...dan kacau selalu sehingga kering.(akak gunakan kuali non stick sebab tak melekat kat kuali)
Pagi esok buat puri makan dengan rendang buat sarapan

6 ulasan:

  1. pernah rasa orang masak itik..tapi belum pernah beli lagi..hehe..sedapp gak itik ni..

    BalasPadam
  2. Salam kenal sis

    saya jumpa blog sis dari carian google

    cari resepi itik sedap

    dapat blog ni

    dulu masa form 3 penah gi kelate makan gulai iyik yg sangat sedap

    sampai umo 31 saya cari tapi tak jumpa

    terus decide nak masak sendiri

    tqvm sebab bagi idea rendang itik

    salam kenal dari saya : Salwa atau Cik Sal :)

    BalasPadam
  3. kak ina, ni first time komen kat blog akak. masa saya tinggal di turkmenistan tahun lepas saya banyak rujuk resepi kat blog akak. mujurlah ada internet ni kan semua klik2 je. tapi resepi2 akak mudah nak diikut. tq byk2 akak :) sori komen luar tajuk hihi

    BalasPadam
  4. saya tak suka itik dari dulu sampai sekarang sebab itik ni kenyal semacam je

    BalasPadam
  5. Slm sis. Wah nampak sedapla.Saya biasa makan gulai itik kelantan tu. Ni lain dari yang lain. Boleh cuba. TQ (http://vitamincerdik.blogspot.com)

    BalasPadam
  6. harini masak rendang itik guna resepi diatas kalau sedap bolih cuba lagi tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers