OOO

Selasa, Julai 22, 2014

Buah Tarap

Assalammualaikum dan selamat berpuasa semua.

Diam tak diam dah nak berakhir dah bulan puasa dah kan.  Dah nak sambut raya, sibuklah para wanita buat kukis raya.  Akak buat kuih gunting jer sebab kat sini barang bakeri mahal sedikit dari kat semenanjung.  Ingat nanti bila balik ke sana nak buatlah 2 atau 3 jenis kukis.   Itu pun kalau sempatlah. :)

Duk kat sini, dapatlah merasa buah tarap, sejenis buah  yang banyak terdapat di Sarawak dan juga Sabah.  Sekarang ni tengah musim buah tarap tapi kurang sikit nak beli sebab puasa nafsu makan kurang sikit.  

Buah ni boleh di makan begitu saja, ala macam makan nangka ataupun cempedak kerana rasanya manis dan lemak berkrim.
  
satu tompok/longgok RM15.00
Di kenali juga sebagai buah timadang oleh kaum Kadazandusun, isinya lebih kecil dari nangka. Kulitnya mempunyai bulu agak kasar dan rapat, baunya memang agak kuat. Memang tak leh soroklah macam gak buah durian, cempedak dan nangka.  
pokok buah tarap yang baru berbuah..kecik lagi ni
kredit : google


Buah tarap perlu dipetik dengan memanjat pokok. Ia dipetik dengan berhati-hari kerana buah ini mudah pecah dan terburai apabila terjatuh ke tanah.
Buah ini juga tidak boleh disimpan lama kerana mudah rosak dan berbau.  

Tadi tenguk kat Tamu Lutong banyak yang di buang sebab dah tak elok. Beli ajer kena terus makan kalau idak rasanya berubah.


Kat Semenanjung ada ker idak ek?

2 ulasan:

  1. wa...buah ni, husband selalu serita kat saya psl buah ni, harap2 balik tawau sabtu ni, dapat la makan buah ni...teringin dh ;)

    BalasPadam
  2. buah terap ni dulu arwah mak saya citer boleh buat gulai kalau yang muda
    kalau orang nismilan pun panggil buah torap...ehehhheeh

    nak kukissssssssssssssssssssss..........

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers