OOO

Rabu, Julai 16, 2014

Cara Buat Rendang Daging Rusa

Assalammualaikum semua

Bila jumpa daging rusa, akak selalu beli dalam 5kg, sebab bukan selalu ada kat sini.

Masak rendang daging rusa makan dengan nasi impit.  Buat gak kuah lodeh dan sedikit sambal.

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging rusa-potong besar
  • 10-15  batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing*
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 15 biji bawang merah#
  • 8 biji bawang putih#
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 inci kunyit hidup#
  • 4 batang serai#
  • 3 batang serai-tumbuk hujung
  • 3 helai daun kunyit-siat dan simpul
  • 1kg  santan kelapa pekat
  • 3-4 cawan air
  • sedikit minyak
  • garam
Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Potong daging, basuh dan dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis semua bahan-bahan kisar bertanda *.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan daging rusa, gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan  air.
Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.  Biarkan rendang mendidih dengan api sederhana besar.
8. Bila sudah agak pekat masukkan garam.
Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.  Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.

2 ulasan:

  1. Bestnyaaa! Terliur tengok..haisshh :D nak kene cuba try resipi ni

    BalasPadam
  2. Sedapnya masakan rendang ni. Raya ni memang kena makan banyak-banyak ni. haha

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers