OOO

Jumaat, Julai 04, 2014

Resepi Ikan Tahai Salai Pedas

Assalammualaikum semua

Ikan tahai sebenarnya ialah ikan tamban yang telah di salai setelah disiang.  Disalai di atas api di dalam dapur yang memerangkap haba dan asap.  Setelah masak dan benar-benar kering ikan boleh di bungkus dan siap untuk di jual.
Ikan tahai salai ni cuma boleh dapati di Limbang dan Lawas Sarawak ataupun di Brunei

Katanya enak dimakan begitu sahaja sebab dah siap dimasak. kan ni khabarnya boleh didapati di Limbang dan Lawas, Sarawak atau di Brunei.  Selain dari buat sambal ada lagi satu masakan yang di panggil 'Dadah Tahai'.

Ikan ini juga di panggil ikan aur-aur, dipercayai boleh menyembuh pelbagai penyakit termasuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan demam panas dan melegakan sakit badan.
Ikan tahai boleh di simpan berbulan-bulan dan lebih baik baik di simpan di dalam peti sejuk.

Harga ikan tahai mengikut mengikut musim, jika musimnya harganya cuma RM7-8 sekilo tapi jika bukan musim harganya meningkat sehingga mencecah RM28 sekilo.

tq google
Bahan-bahan
10 ekor ikan tahai salai
1 biji cili merah
10 biji cili api
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
garam dan minyak secukupnya
1 biji bawang - hiris halus

Cara-caranya
Tumbuk cili merah dan cili api sehingga lumat.
Masukkan bawang merah dan bawang putih.
Tumis bahan yang di tumbuk dengan sedikit minyak dan biarkan garing. 
Masukkan pula bawang besar yang telah di hiris dan kacau lagi sehingga naik bau.
Masukkan sedikit garam dan ikan tahai salai.
Masukkan sedikit air dan kacau sebati.
Bolehlah rasa dulu sebelum di angkat.



6 ulasan:

  1. tak pernah rasanya makan ikan Tahai ni,,, sedap tak?

    BalasPadam
  2. kak Ina... saya suka makan sambal tahai.. macam masak sambal ikan bilis juga cuma guna tahai ni...sedap!!

    BalasPadam
  3. akak, ni sekadar cadangan..kalau buat sambal, cuba akak, buangkan tulang dia terlebih dahulu..nanti dah makan,tak sedar2 nasi abis berapa pinggan..hihihii..btw, saya dari Limbang.

    BalasPadam
  4. dadah yg masih aku ingat....kenangan indah dari LAWAS....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers