OOO

Selasa, Julai 08, 2014

Resepi Kuih Buah Melaka (Onde-onde)

Assalammualaikum semua

Kuih buah melaka ni memang jadi kesukaan suami...arwah abah akak panggil kuih ni kelepung.
Kalau nak tenguk cara nak buat boleh ke SINI.

Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka
sehelai daun pandan
air daun pandan-mesin daun pandan dengan sedikit air dan

tos airnya
1 cawan kelapa muda parut
sedikit garam
  
Cara-caranya 
Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut  di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan tepung pulut dan tepung gandum ke dalam mangkuk.

Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan. 
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.

Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan.  

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina. Kita orang Melaka pun jarang buat kuih buah Melaka ni. Hihihi.... Boleh kira dengan jari berapa kali kita buat sepanjang hidup kita ni....:)

    BalasPadam
  2. ummi suka gak kak ina, terutama bulan puasa mesti cari.

    BalasPadam
  3. saya suka kuih buah melaka ni..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers