OOO

Ad

Jumaat, Julai 18, 2014

Resepi Kuih Gunting

Assalammualaikum dan selamat berpuasa

Pagi-pagi seluruh dunia di kejutkan berita yang menyayat hati dan menggemparkan negara bila pesawat MAS #MH17 di tembak dan jatuh terhempas.

Semuga arwah-arwah  penumpang di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Dulu masa nak raya memang menjadi satu tugas akak dan kak long menggunting doh ini sementara tugas mak menggoreng.  Selalunya kamu buat 2 kg tepung untuk hidangan di hari raya.

Nostalgia betul bila ingatkan balik, kamu selalunya buat bawah rumah sebab senang mak nak bawa dapur minyak ke bawah dan goreng.  Penat tau nak menggoreng bila dah banyak.

Setiap orang ada resepi yang tersendiri buat kuih guntinng ni, tapi akak buat campur bawang, daun kari, cili kisar dan udang kering.

Bahan-bahan
1/2kg/500gm tepung gandum
4 sudu makan marjerin-cairkan
11/2 sudu teh jintan manis*
1  sudu teh jintan putih*
4 sudu besar udang kering-rendam*
5 biji bawang kecil*
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari
daun kari secukupnya
garam dan air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
Kisar bahan bertanda*
Masukkan marjerin cair ke dalam tepung dan kacau menggunakan sudu.
Masukkan pula bahan kisar, cili kisar, serbuk kari, daun kari, garam dan sedikit air.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi agak kenyal, jika terlembik masukkan sedikit tepung macam nak buat kulit karipap.
Rehatkan doh sebentar dan tutup dengan kain basah.
Ambil adunan dan gelek sehingga nipis dan potong menggunakan pisau/pemotong pizza.


Gunting ikut suka hati lah, tabur sedikit tepung atas dulang sebelum menggunting, jangan gunting satu tempat takut melekat nanti tak cantik bila dah di goreng.
Goreng dengan api sederhana sehingga perang, bolehlah di toskan.
Biarkan sejuk baru di masukkan ke dalam bekas kedap udara.


3 ulasan:

  1. sha bookmark sesiap laa ye kak ina... teringin nak buat, banyak kali buat tak pernah nak jadi bebetul...hahaha

    BalasPadam
  2. Antara kegemaran ketika Raya. Untung kalau dapat makan apabila tuan rumah sediakan. :-)

    BalasPadam
  3. teringin nak buat sendiri tp ntah bilala agaknya....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers