OOO

Ad

Khamis, Julai 10, 2014

Restoran Nasi Padang Ibu Jesselton Point Kota Kinabalu

Assalammualaikum semua

Diam tak diam dah 11 hari kita berpuasa, sekejap ajer masa berlalu kan.

Sampai sajer kat jeti jesselton dari Pulau Manukan, perut dah berkeroncong, al maklumlah cuaca sejuk dan dah pula basah baju disebabkan oleh hujan dan percikan air laut sebab budak tu merempit bawa bot laju.

Lagipun nak tunggu van shuttle hotel lambat lagi.
Kami makan kat Restoran Nasi Padang Ibu..restoran yang menyajikan masakan Minang.  Banyak review yang kata lauk pauk kat sini mahai.
Restoran Nasi Padang Ibu neh terletak di Jesselton Point, Kota Kinabalu berhampiran Wisma Sabah dan Hyatt Regency Kota Kinabalu.
Sambil menunggu, boleh layan view kat jeti, ada 2 pilihan nak duk luar  pun boleh
suka betul tenguk pemandangan kat sini..seronok jamu selera rasanya
Kat luar penuhlah pulak, jadi kami makan 
kat dalam yang ada air cond

Imran dan Ira kenyang lagi sebab dah makanan yang akak tapau,  Imran cuma nak coke float jer
ambik gambar dulu dalam restoran
suami pilih nasi goreng daging..portion memang banyak, boleh makan 2 orang.
Akak punya sup daging dan nasi putih, sup kurang umphhh aaaa
Restoran Nasi Padang Ibu (Restoran Asli Indonesia)
Add: Jesselton Point, 88617 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-222599, 088-211678
Email: kmbeas@pc.jaring.my


Business hours: 10.30am – 11pm (Mon – Sat)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers