OOO

Jumaat, Ogos 08, 2014

Cara Buat Cornflakes Madu Ranggup

Assalammualaikum dan selamat hari raya

Satu satunya biskut raya yang akak buat untuk tahun 2014, tu pun sebab nak bagi Ira bawa pulang ke asrama.  Lagipun senang jer nak buat cornflakes madu ni, resepi asal dari  Nor - Secubit Garam

Bahan
1 kotak besar cornflakes 
6 sudu besar butter
6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu

Cara-cara
1.  Semua bahan-bahan di masukkan ke dalam kuali, kemudian masukkan cornflakes. 
2.  Gaul sehingga sebati dan padamkan api.
3.  Masukkan ke dalam papercup dan bakar sekejap.
4.  Bakar dalam suhu lebihkurang 160 atau 170C lebihkurang 5 minit.
5.  Biarkan sejuk di redai/rack, baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.


Tips: 
Kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. 
Boleh jugak direndahkan sket suhu oven supaya kukis kita tak hangus..

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers