OOO

Selasa, Ogos 12, 2014

Resepi Sup Kepala Ikan Merah

Assalammualaikum semua


Seronoknya duk sini, ikan fresh ..harga murah sikit dari Kuala Lumpur.  Tak yah gi pasar kat tepi jalan pun ada jual.  Kepala ikan akak suka buat kari dan sup tapi ada orang kata makan selalu kepala tarak bagus.

Bahan-bahan
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 sudu serbuk lada hitam
1 inci halia
1 kepala ikan-bersih dan toskan
2 biji bawang merah-hiris halus 
1 keping asam keping
air secukupnya
sedikit minyak jagung/masak
garam secukupnya
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara-caranya
1.  Tumbuk bawang merah bersama halia, bawang putih dan lada hitam.
2.  Goreng sekejap bawang merah yang di hiris sehinga keperangan barulah di masukkan bahan yang di tumbuk.
3.  Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih baru di masukkan kepala ikan.
4.  Masukkan garam dan biarkan masak baru di masukkan asam keping.  Rasa cukup garam barulah di padam api.  Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang.

3 ulasan:

  1. akak...saya masak selalu x jadi.. : ( agaknya ikan x fresh kot..

    BalasPadam
  2. Kalau kepala ikan jenahak sedap tak buat sup kak ina?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers