OOO

Khamis, Ogos 14, 2014

Travel : Sipitang Sabah Ke Lawas Sarawak

Assalammualaikum
Panjang betul cerita travel akak kali ni kan..tak habis lagi.  Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca coretan akak ni.

Dari Sipitang Sabah nak ke Lawas Sarawak pulak
Daerah Sipitang merupakan sempadan Sabah manakala Lawas adalah hujung Sarawak. 

Jalanraya yang cantik, suasana yang mendamaikan sambil menghayati keindahan allah swt.  Kenderaan pun tak banyak menyebabkan kami boleh sampai seperti yang di rancangkan.
Pemandangan sawah padi 
Jambatan satu lorong sebelum sampai ke Lawas, jambatan yang merentangi Sungai Lawas (Batang Lawas) dan panjangnya lebihkurang 350 meter.

Lawas terletak lebihkurang 45km dari Sipitang, lebih kurang 40-45 minit perjalanan dengan kereta. Bandar Lawas ni  terletak betul betul di tepi Batang Lawas.
Pemandangan di pagi hari dari Hotel Seri Malaysia Lawas. 
Kedudukan Lawas yang bersempadan dengan Sabah dan Brunei membuatkan tempat ini sentiasa menjadi tumpuan pelancung terutamanya penduduk dari negara Brunei. 
sampan berenjin sibuk membawa penumpang.
Terdiri daripada penduduk suku kaum Lunbawang, Kedayan, Melayu Brunei, Murut, Tagal sementara bahasa utama di sini ialah Melayu Brunei, Kedayan serta Lunbawang.  

banyak kampung di seberang sungai
Antara tempat-tempat menarik di Lawas ialah Pantai Punang, Pantai Sungai Bangat, Pa'Lelau di Merarap, Gunung Murud, Kampung Udara Terjun.

Aman damai pemandangan kat sini, bila malam memang sunyi sepi.  Kita boleh mencuba makanan tradisi Lawas iaitu ambuyat dan ikan tahai dan melihat sendiri proses penghasilan ikan tahai di kampung air.  
jalan jalan keliling Lawas
Pasar Lawas..tak sempat masuk :(
pengangkutan air merupakan pengangkutan utama kat sini
tempat naik dan turun sampan
kami bermalam di Pekan Lawas sebab suami nak relax kat sini


12 ulasan:

  1. Dulu bertugas di Miri pernah juga pergi Lawas.

    BalasPadam
  2. Nampak betul damai dant tenang pekan Lawas ni. Kalau lepas hujan mesti sejuk je kawasan macam ni.

    BalasPadam
  3. bestnya jalan2 kan kak..sya sendiri walaupun tinggal di sipitang ni..lama dah x pegi lawas..huhu..

    BalasPadam
  4. Besar betul Sarawak ni.. kalau takat pergi 4,5 hari memang tak cukup nak cover negeri Sarawak. Dah pergi dua tiga bulan lepas, tapi rasanya kena pergi lagi sbb banyak lagi tempat best2 tak tengok kat sana.

    BalasPadam
  5. Seronok jalan2 ditempat orang ni, bila diberi peluang macam ni rasenya nk cuti sebulan jalan2 je....

    BalasPadam
  6. keadaan di sana seperti waktu terhenti kan? tenang je saya tgk gambar ni.ni belum pegi sana lagi tu.heheh

    BalasPadam
  7. nampak damai dan tenteram jer lawas ni yer..

    BalasPadam
  8. Cantik n aman damai je tempat2 kat sarawak ni.. kalau dapat jalan2 sana mmg best. Hehehe

    BalasPadam
  9. .dpt la info sikit² mgenai lawas..tq.. skrg sy otw g lawas.. tu la skodeng² apa yg ada di sana..

    BalasPadam
  10. dari sipitang ke lawas boleh terus masuk mcm di semenanjung atau kena pergi imigresen dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya kena pergi imigresen..tak ingatlah pulak

      Padam
  11. Kena masuk imgresen dulu. Kalau kanak2 yang tak ada IC, kena bawa surat beranak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers