OOO

Ad

Jumaat, September 19, 2014

Ikan Percik Kelantan

Assalammualaikum semua


Sekali sekali layan masakan Kelantan pun sedap kan.

Bahan-bahan: 
8 Ikan kembung 
1 biji bawang besar 
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 batang serai-akak tambah satu lagi
3 hiris lengkuas 
1 mangkuk santan pekat 
1 sudu besar serbuk kunyit 
1 sudu besar tepung beras-lupa nak letak
5 tangkai cili kering, direndam -akak letak 3 sudu makan cili kisar
1 asam keping 
Garam & gula secukup rasa -tukar ke satu gelang kecil gula kelantan (panggil apa ek)
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted according to my tastebud. 

Cara-cara 
1. Ikan dibersihkan, dikelar-kelar dan dilumur dengan sedikit garam. (akak lumur sekali dengan lada hitam serbuk).   Ketepikan. 
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas. 
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lelainnya. 
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula. 
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat. 
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.

3 ulasan:

  1. SALAM KAK INA.

    SEDAP TUE...

    http://jmbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. mesti sedap kan, kak ina..tapi ada beza tak dengan ikan percik di negeri2 lain? nak cuba buat, entah bila lah agaknya..hehe

    BalasPadam
  3. Mmg best.nanti hari cuti boleh cuba

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers