OOO

Ad

Ahad, September 28, 2014

Resepi Masak Lemak Cili Padi Daging Salai Dengan Kentang

Assalammualaikum semua

Kalau keturunan melaka atau negeri sembilan, masakan masak lemak cili padi memang dah jadi sinonim.  Dulu dulu masa arwah abah  ada masa abah sehat, kalau letak cili padi memang kaw kaw punya, sampai suami akak orang Johor pun tak tahan di buatnya.
Teringin sangat nak makan daging salai Kuala Pilah, akak suruh anak tolong belikan pastu bekukan dalam peti sejuk.  Nak bawa balik sini nantilah rosak...seronok dapat masak camni...cari kulat/cendawan kikir tak adolah pulak.  Kenalah masukkan ubi kentang ajer.


Bahan-bahan
  • 15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 600 gram daging salai
  • 2 biji ubi kentang-belah 2
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 batang serai di titik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun kunyit-disiat
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam ikut keperluan

Cara-cara 
1. Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan ubi kentang.
3. Masukkan santan cair dan hidupkan api yang sederhana.
4. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.
5. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit...kacau dan pastikan ubi kentang dah empuk.
6. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.

3 ulasan:

  1. nampak macam sedapppp je teringinlah nak buat tunggu ada waktu terluang mesti nak try

    BalasPadam
  2. aduhh..lama betul tak makan lauk nih..

    kena balik rumah mak gak minggu nih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers