OOO

Selasa, September 02, 2014

Sticky Caramel Chicken Wings

Assalammualaikum 

Ramai rakan-rakan fb up status kata jem kat highway samada dari utara ataupun selatan sehingga sampai ke rumah dinihari..cam hari raya pulak.  Banyak betul kenderaan di Semenanjung sehingga bila cuti panjang jer jalanraya akan sesak.

Kami kat sini, tak mengharungi suasana cam tu lagi dah..pergi ke bintulu pun tak banyak kereta.  


Ayam stail camni dah pernah buat tapi dah agak lama dah.  Kali ni akak share lagi sekali yer.  Kalau guna kepak/sayap ayam memang umphh.

Bahan-bahan
  • 12 keping kepak ayam -akak perap sebentar dengan kicap cair,kicap pekat dan serbuk lada hitam.
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang-akak tumbuk
  • 1 sudu besar sos ikan-sebab tak ada stok akak masukkan sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia (akak tumis sekejap)dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

6 ulasan:

  1. uiii kak. nampak sedap. tergoda lah ella. lebih tergoda kalau hasil tangan kak ina. kak, rindu choc chip cookies. cepat balik sini kak.

    BalasPadam
  2. Ini kalau ratah begitu sahaja pun jadi. :-)

    BalasPadam
  3. macam sedap ni kak ina. Nanti nak cuba lah hehe

    BalasPadam
  4. gini rupanya resepinya...takyah la pegi beli kt pasar malam lagi.hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...