OOO

Ad

Selasa, Oktober 14, 2014

Resepi Shawarma Ayam/Chicken Shawarma

Assalammualaikum semua
Patutnya nak publish N3 ni pada petang semalam tapi di sebabkan ada hal yang tak di jangka tak sempat nak buka laptop.
Sekali sekali makan malam sediakan juadah shawarma ayam pun ok gak, janji bahan semua ada dalam rumah.  Kebanyakan resepi gunakan roti pita tapi akak guna  Mission Wraps jer. Kalau nak guna roti pita pun boleh gak tapi susah nak gulung sebab tebal. 

Akak tak gunakan acar ataupun sos yogurt tapi cuma guna mayonis dan sos cili thai, akak buat stail akak jer.

Bahan-bahan ayam :
3 Dada ayam 
1 sudu besar rempah kari
1/4 sk lada hitam
Garam
Beberapa sudu yougurt asli
1 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar minyak zaitun

Mayonis/cili sos

Cara-caranya :
1. Campurkan semua bahan dan perap sekurang-kurangnya 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap.
2. Panggang ayam hingga masak (atau grill diatas pan)
3. Hiris nipis ayam yang siap di  masak

Bahan-bahan sampingan
timun - hiris
salad- hiris
1/2 biji bawang holland/merah- dipotong dadu
1/2 biji tomato-dadu

Goreng sebentar tomato dan bawang holland dengan sedikit minyak zaiton

Cara menyediakan shawarma:
Panaskan kepingan wrap di atas pan sebentar. Kemudian sapu dengan cili sos dan mayonis.  
Kemudian letaklah hirisan ayam, bawang, tomato, salad dan timun. 
Gulungkan.
Sedia dihidangkan.


9 ulasan:

  1. Wow bergulung lagi. Memang meleleh air liur melihatkannya.

    BalasPadam
  2. Mudah je kan..... Boleh cuba nanti..

    BalasPadam
  3. Salam kak ina..sedap lah kak..nnti blh try.tq share resepi.

    BalasPadam
  4. sebab tu tak nak menjadi sebab akak buat cara kakak sendiri. Ingat kakak bukan chef. mana boleh main cipta recipe sendiri.

    BalasPadam
  5. Kak ina ikut style sendiri pun nampak sodappp.. :-)

    BalasPadam
  6. Alaaa.. kita buat dia... suka hati la nak bubuh apa dlm tuh...

    BalasPadam
  7. Mana nak cari wrap tu kak ina? Kt frozen food bahagian roti2 tu ada ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aishah bukan kat bahagian frozen selalunya kat bahagian jual roti.

      Padam
    2. Oh bahagian roti.ok..nak cari le.tq kak ina

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers