OOO

Ad

Rabu, Disember 17, 2014

Resepi Bubur Cha Cha

Assalammualaikum
Layan bubur cha cha campur keledek memang sedap bila waktu petang, akak suka guna keledek oreng. Resepi akak ambil dari SINI

BAHAN-BAHAN:
·         1 cawan cha cha 
·         1 biji ubi keledek (dipotong dadu)
·         2 mangkuk santan pekat
·         1 keping gula Melaka
·         1 cawan gula
·         1 sudu besar sagu (direndam dengan air)
·         2 helai daun pandan (disimpul)
·         Sedikit garam

CARA MEMBUAT:

Rendam cha cha segera selama 10 minit, rebus sehingga lembut kemudian toskan. 
Rebus ubi keledek sehingga hampir empuk dan toskan. 
Masukkan santan, cha cha, ubi keledek, gula Melaka, gula, garam, sagu dan daun pandan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana dan sentiasa dikacau. Masak sehingga mendidih kemudian tutup api. Siap dihidangkan.

13 ulasan:

  1. Rasa nak ambil sudu tu.. sudu kan kemulut jer bubur cha cha kak ina ni.. lama dah tak makan ni :)

    BalasPadam
  2. sedappp!! za pun lama dah xbuat bubur cha cha..

    BalasPadam
  3. sedap..xpenah buat lagi..tq resipi yg senang ni..nk cubalah! :)

    ainniah.com

    BalasPadam
  4. nei satu lagi makanan kegemaran saya..sedapnay makan petang2..hehe

    BalasPadam
  5. Satu perkongsian yang sangat menyelerakan.
    Agaknya kenapalah nama dia Cha-Cha ye?

    BalasPadam
  6. Wah macam menarik jer resepi bubur ini... simple tapi mungkin sedap kot huhu..

    BalasPadam
  7. kenapaaaaa tempting sangat bubur cha cha itteww... tsk tsk tsk.

    dah lama tak makan.

    anyway thanks atas recipe ni. kelaparan rasa!

    gugel-gugel terjumpa blog cikpuan...

    =)

    -raidah-
    www.blograidah.com

    BalasPadam
  8. nyummiieee... kyknya resepnya enak bgt tuh bunda, cobain ahhh...

    BalasPadam
  9. sedapnya... tapi malasnya nak buat bubur ni... ntah kenapa... senang beli jer... hahahah

    salam kenal dan salam singgah

    BalasPadam
  10. Antara bubur kegemaran, nenek saya dulu rajin masak selain dari pengat pisang...

    BalasPadam
  11. Bubur evergreen.....dr zaman kita kanak2 lagi, mmg suke sgt. Sekarang zaman anak2....bubur ni juga jd kesukaannya.
    Yummy...yummy.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers