OOO

Jumaat, Disember 05, 2014

Seafood Spaghetti Aglio e Olio

Assalammualaikum

Salah satu kegemaran anak-anak ialah Aglio Olio, tapi suami akak tak sukalah pulak.
Cukup untuk 2 orang makan kalau ikut bahan di bawah ini..akak ambil resepi ni dari blog Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti
1 biji bawang holland (bawang besar kaler kuning), didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 biji green capsicum, dadu
1/4 biji red capsicum, dadu-tak letak
4-5 biji cili padi, dititik (optional)
1/2 camca teh herba Basil (jenis kering dalam botol)
1 helai bay leaf
5 biji buah zaitun hijau-tak letak
5 biji buah zaitun hitam-tak letak
6 ekor udang besar, dibersihkan

2 ekor sotong-potong kecil
1 biji tomato merah, didadu
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis (akak guna  "extra virgin")

 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan tomato. Masak hingga tomato lembut. Tambah udang dan sotong, red dan green capsicum serta buat zaitun hijau dan hitam. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
  3. Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan...

11 ulasan:

  1. asaalamualaikum Kak Ina or Ina hahaha rasa nya kaknoor lebih tua kot ni, apa2 pun terbaik lah spaghetti tu i like seafood, kolestrol belakang kira haha

    BalasPadam
  2. Salam jumaat kak,
    zaza dgn suami pun suka spageti ni..

    BalasPadam
  3. nampak simple je resepi nie :D

    BalasPadam
  4. nnt nak try la resepi auntie,thanks auntie :D

    BalasPadam
  5. ramai yang suka aglio olio ni... lagi2 udang yang segarrrr

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami sefamily suka masakan pasta2 macam nie..tapi kalau masak sendiri selalu rasa ada yg kurang di mana2..huhu

      Padam
  7. salam..tumpang lalu..nyam! sedap! kami satu family mmg suka spageti, tapi xpnah try aglio ni la..dok buat bolognaise ja..nti nk try..simple n nmpk sodap! :)
    jemput ke blog sy jugak ya.. :)

    ainniah.com

    BalasPadam
  8. Macam sodap ni, kena suh Puan Isteri cuba masak ni.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers