Jumaat, Januari 09, 2015

Beef Bacon/Beef Sandwich Cheese Fries Versi Kak Ina Kl

Assalammualaikum semua

Masa balik ke Semenanjung agenda akak jalan jalan cari makan, suami tak bagi masak sebab nanti bahan  masakan tak habis kalau dah balik semula ke sini.

Suami akak cerita masa nak gi tenguk konvokesyen  Yana, mereka ada cuba makan satu makanan di restoran baru.  Puaslah suami akak terangkan camner bendanya..dia kata letak kentang goreng, pastu cheese dan bawang holland dadu yang di goreng sebentar.
Bila gi makan kat Klia2 barulah tau camnerlah rupernya benda yang di sebut dek suami akak. Nama menu ni Bacon Cheese Fries. Kentang goreng di taburi cheese dan beef bacon.
Yang ni Chili Cheese Fries, ada sos daging 
pastu di taburi bawang.
 Restoren Johnny Rocket Malaysia dah ada 4 cawangan, imran makan Beef Bacon Cheddar Single
Bila teringin nak makan kat sini, akak cubalah buat ikut cara akak.  Beef bacon ataupun di panggil beef sandwich memang ada di jual di sini dan yang bagusnya di import dari negara Brunei, tak lah was was nak makan kannn. 

Yang ni untuk suami, mula mua buh kentang goreng, tabur mozarella cheese, ayam cincang, beef bacon yang di cari lalu di goreng sebentar dengan minyak zaitun.

Pastu atas buh bawang holland dadu yang di goreng sebentar dengan minyak zaitun dan buhlah cili sos kat kentang goreng.

untuk imran pula, tabur mozarella cheese pastu buh  bawang holland dan daging ayam kisar

daging ayam kisar di goreng bersama bawang holland dan 2 biji bawang putih dadu menggunakan minyak zaitun, letak garam pastu angkat.  Buh hirisan kobis purple/ungu ataupun kobis biasa, 
masukkan sikit tomato sos, cili sos dan mayonis. Akak agak agak ajer, janji sedap di tekak.
 buh bawang holland pastu beef bacon dan cili sos kat kentang goreng.

Alhamdulliah suami dan imran suka, walaupun tak 100% cam kat Johnny Rockets.  Nanti insyallah akak buat sos daging pulak yer.

4 ulasan:

  1. Memang nampak sedap. Nak kena cuba juga macam ni.

    BalasPadam
  2. Gambar yang terakhir membuatkan terliur. :)

    BalasPadam
  3. sedap ni k ina.. kite suker makan chilis fries di Wendy..

    BalasPadam
  4. Menarik ni kak ina. Tak pernah tgk lagi menu mcm ni.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers