OOO

Jumaat, Mac 20, 2015

Gulai Kuning Lengkuas Ikan Parang

Assalammualaikum
Masakan gulai kuning ni lebihkurang cam gulai kuning ikan yang jadi kegemaran orang pantai timur.
Bahan-bahan
2 keping ikan parang
1 sudu makan cili kisar
1 kotak kecil santan
1 hiris lengkuas*
5 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam jawa
3 biji cili hijau
1 bunga kantan-belah 2-pilihan

Cara Memasak 
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda * dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan santan, cili kisar, kunyit serbuk, serai & garam dalam periuk dan masak dengan api sederhana sambil di kacau selalu.
2. Bila mendidih, masukkan ikan parang bersama asam keping dan kacau lagi sehingga sebati. 
3. Masak hingga ikan masak, masukkan bunga kantan dan cili hijau lalu rasa cukup garam barulah di padam api.

4 ulasan:

  1. syoknya haiiii kalo ade orang masak gini kat kita. hihi,,

    BalasPadam
  2. ikan parang pun kalau masak tumis sedap jugak hehe

    BalasPadam
  3. Nampak sedap sangat sangat! :)

    BalasPadam
  4. Selalunya x byk masakan kalau ikan parang kan..selalu SA buat msk asam....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers