Rabu, April 29, 2015

Lempeng Kelapa Muda/Lempeng Nyioq Muda/Peknga

Assalammualaikum semua
Akak teringin nak cuba buat buat lempeng kelapa (resepi ambik kat blog Mat Gebu) ataupun orang utara panggil lempeng nyioq muda ataupun di panggil peknga

Jom kita tengok bahan-bahannya:
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kelapa parut putih
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 3/4 cawan air (kalau nak pekat, guna 2 cawan air)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh semua bahan diatas kecuali garam. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan sekejap
  2. Panaskan kuali atau mat guna non-stick pan saiz 7 inci, dengan sedikit minyak. Tuang 1 senduk atau ikut kesesuaian kuali anda. Ratakan adunan hingga rata. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng namak pucat. Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang. Angkat.
  3. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Pastikan anda lenser sedikit minyak pada kuali sebelum anda letak adunan lempeng tadi. Hidangkan bersama kuah kari, sambal tumis atau sos kegemaran anda...

3 ulasan:

  1. best lah.....lama dah xmakan menu mcam ni..simple sedaappppp

    BalasPadam
  2. Tak pernah makan yang ni...selalu makan lempeng biasa je...thanks kak ina share resepi...lain kali boleh cuba...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers