OOO

Sabtu, Jun 27, 2015

Ketam Goreng Telur Masin

Assalammualaikum dan selamat berpuasa

Bila tiba waktu berbuka tentu semua ibu ibu dan kaum wanita sibuk menyiapkan hidangan berbuka. Bagi suri rumah tentu buntu nak cari idea kan, cam akak gak, pening nak masak apa.  Nasib baik sekarang ni banyak ajer resepi di internet..google dah jumpa.
Kali ni akak teringin nak makan ketam goreng telur masin, sebab bila ada teman fb share..nasib baik cuma cari telur asin, yang lain ada stok kat rumah.

Bahan-Bahan:
2 ekor Ketam 
4 sudu besar Mentega 
3 biji Bawang Putih dicincang
6 btg cili padi dipotong
Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin direbus
1/2 tin Susu Cair
Sedikit garam dan gula
2 sudu besar tepung jagung


Caranya
Bersihkan ketam dan potong dua.
Lumurkan ketam dengan tepung jagung dan garam. Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.
Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat. Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.
Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang!

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Alamakkkkk!
    ayaQ lioQ dah meleleh ni

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers