OOO

Ad

Isnin, Jun 01, 2015

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, Sepang, Malaysia

Assalammualaikum semua
Suami akak yang beria ia nak jenguk tempat ni, akak ni apalagi, bila orang ajak mestilah beria nak ikut. Lagipun tempat ni bukan jauh pun dari rumah akak ni, tak sampai 10 minit kalau merempitlah dah sampai.
Pukul 10 lebih dah sampai, parking pun senang, al maklumlah orang tak ramai lagi.  Outlet ni macam kat JPO Johor..tak payahlah lagi nak bayar tol dan duit minyak yang baru naik harga hari ni.  Jimat memang jimatkan.
Dah tentulah barang yang dijual berjenama, kenalah bawa duit ribu riban bila nak shopping kat sini.
 akak masuk sini...masuk sinun
 ada 2 outlet jual coklat masa akak pegi
 kalau minat barangan jepun boleh masuk sini..macam macam ada..harga hermm biasalah duit jepun kat besar dari ringgit kita..dah tentulah harganya tak ada bawah 5 hinggit cam kat Daiso tu
Yang paling ramai masuk sehingga terpaksa beratur kat NIKE,  CLARKS sebab harga yang di tawarkan memang mampu milik.  Nasib baik kami gi awal pagi, taklah sesak ..nak masuk tenguk barang pun senang.

Masih banyak lagi outlet yang belum di buka lagi. Ramai yang duk jauh merungut sebab tak berbaloi datang jejauh. 

Bulan depan lagi best kalau nak shopping, al maklumlah nak raya.  Akak pun  tengah simpan duit dalam tabung..tak pun kena pujuk suami baik baik sebelum pergi lagi.

Parking agak mahal 1 jam RM2.00..nasib baiklah kami cuma jejalan 2 jam ajer pada hari tersebut sebab nak terus gi jemputan kawin.

Belah petang nak bayar parking panjang bebeno, pastu nak keluar ada masalah pulak.  Ramai yang tak puas hati.

Alamat
E6, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Klia, Selangor, Malaysia

Hours:
 
Open today · 10:00 am – 10:00 pm

4 ulasan:

  1. wah.. dah g yek.. boleh la cuci mata kalu nak ke KLIa nanti

    tempat baru biasala.. x buka spenuhnya.. parking tu normal kalu baru buka.. macam kat IOI City Mall hr tu.. masalah parking gak... problem..

    tp lepas tu ok dh.. skrg dh leh guna TnGo lagi...

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  2. wow...kak ina dah sampai dah...tak sabar nak gi

    BalasPadam
  3. saya belum sampai lagi...bnyk masa habis kt ofis je skrg nk jalan jalan..:(

    BalasPadam
  4. Dah tak yah pigi jejauh dekat skit.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers