OOO

Jumaat, Julai 31, 2015

Resepi Kurma Ayam Kampung

Assalammualaikum
Sekali sekali teringin nak makan kurma ayam, kali ni akak guna ayam kampung.  Ayam kampung  jual kat pasar tak banyak isi tapi pejal, taklah liat cam ayam kampung betul.  Kalau ayam kampung betul memang kena rebus lama.
Resepi asal ayam kurma merah, akak ambil dari blog ibuno, tapi akak tak buh cili kisar ataupun pes tomato.  

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12
santan daripada sebiji kelapa-2 cawan
6 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar cili kering giling
5 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia-tumbuk
rempah 4 sekawan
3 sudu besar yogurt
3 biji ubi kentang dibelah dua
1 biji tomato dibelah empat
2 biji cili merah dibelah
2 biji cili hijau dibelah
Sedikit air

Cara-caranya
-Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan dan tumis sehingga berbau wangi'
-Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Goreng sehingga masak.
-Masukkan ayam dan yogurt. Masak sehingga berubah warna dan airnya kering.
-Masukkan santan dan garam.
-Apabila mendidih seketika, masukkan kentang.
-Biar kentang empuk dan kuah pekat masukkan  cili dan tomato.

3 ulasan:

  1. Sedapnyer kurma ayam kampung....rajin betul Kak Ina..

    BalasPadam
  2. Memang sedap ni kalu sekali makan dgn nasi tomato atau nasi bariani pon bole masuk ni....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers