Isnin, Julai 06, 2015

Resipi Cracker Lapis Cheese Simple/Layered Cheese Crackers

Assalammualaikum dan selamat berpuasa

Ira yang beria ia nak buat dessert ni, akak cuma bagi galakan kat anak sebab anak perempuan ni bila dah kawin hendak tak hendak kena gi ke dapur gak. Mana tahan encik suami kalau setiap hari makan kat kedai kan.



Bahan-bahannya:
  • 1 pek Deluxe Crackers
  • 250gm Cream Cheese Philadephia/Tantura
  • 1/4 tin Susu Pekat
  • 1 kotak kecil susu segar (Fresh Milk)/full cream
  • Nestum secukupnya
Cara-cara membuatnya:-
  1. Pukul cream cheese sehingga kembang dan lembut.
  2. Masukkan susu segar sebanyak 4 sudu besar kemudian masukkan susu pekat (masukkan sedikit demi sedikit dan rasa, jika suka manis boleh tambahkan susu pekat sehingga lebih kurang 1/2 tin susu) - ketepikan.
  3. Celupkan beberapa keping biskut kedalam susu (jangan sampai lembik, sekadar semua biskut terendam kedalam susu beberapa saat dan angkat).
  4. Susunkan biskut kedalam bekas.  Setelah itu tuangkan sedikit adunan cream cheese menutupi biskut tadi.
  5. Setelah itu taburkan nestum . Lapiskan lagi dengan biskut dan ulang cara seperti tadi sehingga habis. Akhir sekali taburkan nestum.
  6. Masukkan kedalam peti sejuk seeloknya semalaman baru lah dipotong dan dihidangkan semasa sejuk. 

2 ulasan:

  1. ooh.. nampak sedap!

    xoxo
    Miriam
    www.miriammerrygoround.com

    BalasPadam
  2. ni kita pernah buat...eeeee..terliur la pulakkk... huhuu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers