OOO

Ad

Selasa, Ogos 04, 2015

Resepi Biskut German/German Cookies Recipe/ DEUTSCHE KEKSE

Assalammualaikum semua

Bila baca feed back dari rakan rakan masak memasak kata biskut ni sedap, akak pun merajinkan diri membuatnya.  Kalau ikut gambar betul bulat pastu tekan dengan garpu, akak buat bentuk ni jer. Macam biasa akak ambil resepi dari rakan blogger Mat Gebu
buruk  betul kan bila letak coklat..tapi rasanya sedapppp

BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
  • 80 gram tepung halus (boleh juga guna tepung gandum)
  • 40 gram gula aising, diayak
  • Secubit garam (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (guna 1/2 camca besar), kemudian bulatkan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

**Kalau adunan terlalu lembik, bolehlah tambahkan sedikit tepung kentang/gandum dan uli doh sehingga menjadi doh yg di kehendaki.

5 ulasan:

  1. fav ni kak. eka dpt dr blog sis rima bisous a toi.

    mmg cair dimulut nyummm

    BalasPadam
  2. senang je ekk nak buatnya.. boleh cuba ni.. :))

    BalasPadam
  3. Tak susah nak buat biskut Jerman ini.

    BalasPadam
  4. Sampai ke german namanya kuih ni, sedap dan senang nak buat boleh la lepas ni try...

    BalasPadam
  5. saya dah cube raya bnaru ini...sedao sngtttt....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers