Selasa, September 01, 2015

Dapur Faber Retak Seribu

Assalammualaikum

Sibuk tak terhingga disebabkan Yana bersalin awal seminggu.  Terpaksa drive seorang ke Batu Pahat pada hari Selasa lepas lepas Yana keluar tanda paginya.  

Akak suruh Yana gi klinik check..hermm baru 2cm..lama lagi, jadi akak masak dulu dan buat apa yang patut, lepas zohor baru gerak.

Hari Rabu petang baru bersalin, duklah umah Yana buat apa yang patut sehingga suami dan anak-anak datang ke Batu Pahat pada hari Sabtu dan pulang semula ke rumah pada petang Ahad.

Bersawanglah kejap blog akak ni..nasib baik mood tak ke laut. 

Gadget dapur memang akak yang pilih, suami cuma keluar wang sahaja.  Bila pindah ke Sepang akak tak bawa dapur sebab anak pertama akak duk kat situ. 

Biarlah dia guna ajer barang akak, al maklumlah orang baru nak memulakan kehidupan rumah tangga.
Bila balik for good, akak pun beli dapur Faber kat Seng Heng di Nilai.  Malas nak cari mahal cuma cari yang sederhana ajer harganya.
Beli bulan Febuari, akak pilih jenama ni.  Tapi sayangnya pakai cuma beberapa bulan, akhirnya pecah retak seribu.  

Nasib baiklah akak baru selesai rebus spagheti untuk makan malam hari Sabtu lepas. Nasib baik gak tak ada orang kat situ.  

Terpaksalah cari dapur hari Ahad lepas, kali ni akak pilih jenama Kelvinator sama macam kat rumah akak kat Gombak.  Dah dekat 5 tahun guna, walaupun cuma letak atas kabinet.   Tapi harga mahal sikitlah, mintak mintak tak lagi berlaku peristiwa camni.

4 ulasan:

  1. Bahaya tu kak retak...nasib baik xde org dan tak masak masa tu.


    Jemput singgah blog sy VITAMIN WAJIB MASA TRAVEL

    BalasPadam
  2. yana dah bersalin ye kak...aii..kejap aje masa berlalu kan...
    adui..takut gak jadik camni..

    BalasPadam
  3. Cari lah dapur gas infra red jenama Khind. Jimat gas dan cepat masak. Dah masuk 4 tahun pakai. :)

    http://akubiomed.com/dapur-gas-infra-merah/

    BalasPadam
  4. alahai ...retak seribu tu ..nasib baik bukan tengah masak akak...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers