OOO

Rabu, September 02, 2015

Resepi Berpantang : Pais Ikan Tenggiri

Assalammualaikum semua

Bila yana disahkan hamil, tentu merasa teruja lagi macam gak nak dapat cucu pertama dahulu.  Kali ni dah tentu Yana nak balik berpantang kat rumah akak.  Bila makin hampir bersalin akak dah mula search resepi untuk Yana.

Untung ada google, menyenangkan kita nak cari resepi apa sahaja.  Oleh sebab daging dan ayam jarang di beri waktu awal pantang, kenalah cari menu berasakan ikan dan sayur sahaja.


Lauk ni akak masak masa duk kat rumah Yana di Batu Pahat, suruh menantu belikan, sebab akak tak pandai sangat jalan kat sana.  Akak konon nak gi Pasar Tani pada pagi Khamis, guna waze tapi entah kemana di bawaknya. Sepatutnya di balut dengan daun pisang lagi harum, tapi duk rumah anak  menantu, buat ajerlah yang mana ada,

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 batang serai-hiris kasar
1 helai daun limau purut
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu teh lada hitam

CARA PENYEDIAAN

1) Satukan bahan-bahan yang ditumbuk dengan dan  garam.
2) Lumurkan pada ikan hingga rata.
3) Perapkan selama 30 minit.
4) Bungkus ikan dengan daun pisang/aluminium foil dan letak serai, daun limau purut dan hirisan bawang besar.
5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius sehingga masak.
6) Hidangkan panas-panas bersama nasi yang baru di masak.

4 ulasan:

  1. Menariknya resepi akak ni ..nyummssss

    BalasPadam
  2. sedappp..tapi ikan tengiri skrg mahal.hehehe

    BalasPadam
  3. uii.. sedapnya resepi ni kak ina.. suka la serai - serai nih.. wangi jer.. tak sabar nak masak masakan pantang nih.. beberapa hari lagi baby nak kuar.. doakan ye..

    Terjah blog saya, jom! DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers