OOO

Selasa, Oktober 20, 2015

Resepi Beef Wraps (Wrap Daging)

Assalammualaikum

Malam minggu kami lebih suka buat wrap jer sebab tekak jemu makan nasi seminggu.  Kali ni akak buat inti daging pula.

Bahan-bahan 
  • Mission wrap 1 paket
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam
  • 6 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan mayonis
  • daun salad yang telah di cuci hiris
  • timun-hiris
  • daun pudina-jika suka
  • minyak zaiton
  • garam secukupnya
* cili sos dan mayonis boleh letak ikut selera sendiri
Cara-cara
1.  Panas minyak zaiton dan tumis bawang besar sehingga naik bau.
2.  Bila dah layu masukkan tomato, kacau dan masukkan daging cincang.
3.  Kacau dan hancur-hancurkan dan masukkan pulak lada sulah, sedikit garam dan lada hitam.
4.  Rasa dahulu sebelum tutup api. Biarkan sejuk baru di masukkan mayonis dan cili sos.
5.  Panaskan warps sebentar.
6.  Masukkan hirisan salad, timun dan daging tadi.
7.  Gulung dan hidangkan.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers