Khamis, Disember 10, 2015

Turkish One-Pan Eggs & Peppers (Menemen)

Assalammualaikum

Bila post gambar kat fb ada yang minta resepi,,dapat idea bila tenguk kat rancangan tv kat abu dhabi. Bila search kat google jumpa kat SINI. Akak ubahsuai ikut apa yang ada kat sini.

Cuma ada sedikit bahan yang akak tambah. Kat sana Turki mereka hidang terus guna kuali kecil, oleh sebab umah kecik suami tak ada terpaksalah akak letak dalam pinggan.

Bahan
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 bawang besar-dadu
1/3 cili benggala-dadu
1/2 biji tomato-dadu
2 biji telor
Sedikit daun parsley/ketumbar-potong halus
2 sudu besar yogurt
1 biji bawang putih-cincang halus
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Sesikit cili flakes/serbuk cili/hirisan cili merah
Mozarella cheese secukupnya-akak tambah tak buh pun tak per


Cara
1. Panaskan minyak zaitun dalam pan yang tak melekat. Tumis bawang merah, cili benggala dan cili sehingga layu.
2.  Masukkan tomato dan kacau sebati sehingga liquid has reduced dan perisakan dengan garam.
3.  Gunakan sudip dan bahagikan kepada 2 bahagian letak yogurt yang telah dicampurkan dengan bawang putih, ratakan, pecahkan telur disetiap bahagian.

4.  Taburkan serbuk lada hitam dan hirisan parsley/ketumbar serta mozerella cheese. Tutup dengan tudung sehingga keju cair.  Bolehlah dihidangkan panas panas.

4 ulasan:

  1. Nampak sedaplah k.ina..
    Boleh cuba ni sebab ada cheese tu :)

    BalasPadam
  2. telur dah memang sedap dah, ni tambah pula dengan cheese.. lagi bertambah sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peminat telur dan cheese gak ek kamu ni

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers