OOO

Khamis, Januari 14, 2016

Cucur Jagung Ranggup Dan Sedap

Assalammualaikum semua

Akak buat cucur jagung ni masa kat Abu Dhabi, beli jagung sebab suami teringin nak makan jagung rebus.  Harga jagung kat sana, 5 ketul dalam belasan dirham dah lupa harga sebenarnya.

Kalau nak tau, inilah pertama kali akak buat cucur jagung, puas godek resepi sana sini, akhirnya akak cuba stail Koleksi 1001 Resepi tapi tak buh udanglah.

Bahan-bahannya :
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking soda
1 cawan udang kecil putih-tak letak
3/4 cawan bawang besar putih cincang
1 biji cili merah cincang
1 cawan daun kucai cincang-tukar daun bawang sebab tak jumpa kucai kat sana
3/4 cawan isi jagung, fresh atau frozen
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit serbuk
perisa jika suka
(Campurkan semua bahan diatas dalam sebuah mangkuk..,gaul)


Air...
campurkan 1/2 cawan air panas thermos dengan 1 1/2 cawan air biasa
extra...1/2 cawan tepung gandum

Caranya
Tuangkan air sedikit-sedikit ke dalam campuran tepung dan gaul rata...
Tambahkan setengah cawan tepung extra tadi sikit-sikit dan gaul hingga betul-betul sebati...texturenya harus likat seperti foto yang ditunjukkan ini.
Panaskan minyak dalam deep frying pan kepada 180C...sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan...hidang panas dengan sos dan mayonnaise... 

2 ulasan:

  1. Kalau dapat sos cili memang layan tak ingat. :)

    BalasPadam
  2. Owh bancuh dengan air panas ye kak..
    Maira dok bancuh dengan air sejuk + letak telur bagi rapuh..
    Next time boleh try resepi guna air panas plak :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers