Sabtu, Januari 02, 2016

Resepi Spaghetti Bolognese Daging Cincang Sedap

Assalammualaikum buat semua pembaca blog akak. Selamat Tahun Baru 2016, apa azam anda semua? Adakah azam tahun lepas telah di penuhi?

Terima kasih akak ucapkan sebab ada yang masih sudi melawat blog akak yang dah kurang update.

Bahan
1 paket spaghetti
Air
Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan spaghetti.
2. Spaghetti direbus hingga lembut kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun.
Bahan-bahan
500gm daging kisar
1 tin besar pati tomato (puree)
1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar
1 sudu teh oregano
1 sudu teh thyme garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung 


Cara Untuk Buat Sos
1. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2. Tomato di mesin dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.
6. Masukkan juga oregano, thyme dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama spageti.

6 ulasan:

  1. Nyummy sedapnyaa kak ina.. :)

    BalasPadam
  2. sedapnya spagheti tu kalau malam2 orang hidang selamat masuk perut aku.

    BalasPadam
  3. sepeket spaghetti selalunya untuk berapa orang makan?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers