OOO

Jumaat, Mac 25, 2016

Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap Dan Mudah

Assalammualaikum semua

Pagi pagi lagi dah gi ke kebun secoet kat tepi rumah, nak cari bahan nak masak nasi goreng kampung.

Alhamdulliah dapat gak bahan sikit sikit. Kangkung dan cili api secoet, cukuplah nak makan berdua dengan suami.


Resepi asal nama NASI GORENG KAMPUNG MABELES, resipi  dari  Nor@SecubitGaram, akak gunakan nasi yang tak habis, kalau tak nak basi masuk ajer dalam peti sejuk, pagi dah boleh guna.

Bahan2:
3 cawan beras (cawan rice cooker)
air secukupnya

~ tanak nasi spt biasa.
~ lerai2kan dan  letakkan dlm dulang dan biarkan sejuk.

Bahan2 utk nasi goreng:
kangkung secukupnya ~ dipotong
1 1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
5 - 7 tangkai cili kering ~ dipotong/gunting serong
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
2 biji telur ~ dikocok
garam
sedikit gula
minyak

Cara2:
Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur. Boleh juga jika nak guna pengisar kering.
Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi.
Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan goreng hingga wangi.
Masukkan bahan2 yg dikisar tadi dan tumis hingga garing.
Kemudian masukkan telur dan biarkan mengeras sedikit baru lah dikacau.
Masukkan ikan bilis yg ditumbuk/kisar, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masukkan kangkung, nasi dan sebahagian lg dr ikan bilis tadi.
Kacau hingga rata dan masaklah seketika.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan keropok ikan.


1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...