OOO

Khamis, Mei 26, 2016

Udang Masam Manis Sedap :}

Assalammualaikum semua

Sekarang ni nak beli udang memang mahal terutama udang laut, bertambah besar udang maka bertambahlah duit yang kita kena bayar.

Sebab tu kalau makan kat luar, harga makanan laut berdentum dentum harganya disebabkan harga bahan masakan yang mahal terutama sejak ada gst ni.

Kalau anak ramai, suami ajer bekerja dengan pendapatan yang kecil, memang parahlah nak beli udang besar camni.  Teringat dulu kami macam tu juga, nak makan sedap tunggu abah dan mak dapat gaji.


Bahan-bahan
500gm udang-buang kulit dan tinggal ekor
5 biji bawang kecil-tumbuk/kisar
3 biji bawang putih-tumbuk/kisar
2 sudu makan cili kisar
4 sudu makan cili sos
sedikit tomato sos
Sedikit gula
Bawang besar-potong bulat
Minyak, sedikit air
serbuk kunyit dan garam

Cara-cara

  • Bubuh serbuk kunyit dan garam keatas udang. Goreng sebentar.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah di tumbuk sehingga naik bau dalam minyak goreng tadi.
  • Masukkan pula cili kisar dan biarkan cili masak dengan api sederhana. Masukkan garam.
  • Masukkan cili sos dan sos tomato dan kacau sebentar.
  • Masukkan juga gula, bawang besar dan juga udang.
  • Kacau biar sebati dan biarkan sebentar.
  • Bolehlah di angkat dan di hidangkan.

6 ulasan:

  1. Semua rasa cukup ada rasa masam dan manis sekali. :)

    BalasPadam
  2. Kak Ina KL, nampak sedap tu... tapi Azzah dah tak beranai nak makan seafood banyak banyak sangat

    BalasPadam
  3. Sedapnya udang masam manis tu...
    kat tmpt nur bila udang tu murah sikit...cepat2 beli kak ina KL

    BalasPadam
  4. rega makanan laut memang mahal.rega ayam ja yang murah sebab kat tpt saya ayam sekilo kurang dr rm6..kena tgk tpt la. kalau pasar malam standard rega.

    BalasPadam
  5. Wah..x pernah buat style Ni lagi...sedap nampaknya tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers