OOO

Selasa, Jun 07, 2016

Daging Masak Hitam Sedap-Menu Ramadhan

Assalammualaikum semua

Bulan Ramadhan tiba lagi, kali ni masa simple dimple, dua lauk ajer cukup..kuih beli sebab suami tak bagi akak buat.    

Kali ni akak nak share apa yang akak masak sepanjang bulan puasa ni buat pedoman anak anak akak jika akak tiada lagi.

Kalau akak masaklah, kalau gi umah anak atau jejalan alamat masak simple ajerlah untuk bersahur.
 Menu pertama ialah daging masak hitam, lebih kurang macam daging masak kicap cuma masakan ini menggunakan jintan manis dan jintan putih serta cili kering.

Bahan utama
1/2 kg daging batang pinang-hiris nipis
kalau tak ada guna daging biasa pun boleh, tapi kena rebus dulu lah

Bahan-bahan
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih 
1 inci halia
1/2 sudu teh jintan manis/kasar
1/2 sudu teh jintan putih/halus
8-10 tangkai cili kering-rebus (kalau nak pedas boleh tambah..tak nak pedas buh sikit ajer)

*Semua bahan ni di kisar

Bahan tumis
1 batang serai-titik hujung
1 batang kayu manis
3 biji pelaga
2 bunga cengkih
1 bunga lawang
daun kari

Bahan lain
Sedikit minyak
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
Bawang besar-potong bulat
Lada hijau
Garam
4-3 sudu makan kicap manis

Cara-caranya
1.  Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga naik bau.
2.  Masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak dan berbau harum.
3.  Masukkan daging dan kacau sebati sehingga air hampir kering.
4.  Masukkan sedikit air sehingga daging empuk, kemudian masukkan kicap, air asam jawa dan sedikit garam.
5.  Gaul sebati dan bolehlah di angkat.

2 ulasan:

  1. Time buka puasa paling best sebab dapat lauk dimasak sedap-sedap. :)

    BalasPadam
  2. Sedapnya....SA suka mkn daging masak hitam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers