OOO

Isnin, Julai 25, 2016

Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan

Asalammualaikum semua

Kalau bakar ikan akak memang selalu salai ikan keli sekali, simpan dalam tempat frozen, bila anak anak balik akak masaklah.

Bahan-bahan
1-1 1/2 kg ikan keli
15-20 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
1/2 kg santan pekat-500ml santan
600ml air
1 inci kunyit
1 inci halia
1 helai daun kunyit-disiat-siat
2 batang serai-di titik hujung
5 biji limau kasturi (ambil jus)
sedikit kunyit serbuk ataupun kunyit hidup
garam secukupnya

Cara-cara
1. Bersihkan ikan keli dengan asam jawa dan garam. Bilas dan tos.
2. Perahkan air limau kasturi dan biarkan dalam 30 minit.
Bersihkan pisang...buang kulit sedikit dan rendam dalam air bercampur asam keping dan garam.
3. Bilas semula ikan keli dan letak garam dan kunyit serbuk. (akak suka bubuh kunyit hidup) Salai di atas arang.
4. Tumbuk cili api, kunyit hidup, garam dan halia. Titikkan serai.
5. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama santan pekat dalam periuk. Tinggalkan sedikit yer utk masukkan penghabisan nanti.
6. Gunakan api perlahan dan kacau selalu sehingga santan mendidih.(takut naik minyak)
7. Bila dah mendidih, masukkan ikan keli salai, daun kunyit dan pisang.8. Bila mendidih sekali lagi..masukkan garam dan lebihan santan pekat. Biarkan mendidih lagi dan rasa dulu baru di tuang jus limau kasturi tadi.
9. Cepat-cepat padamkan api...boleh segera di makan bersama ikan kering, cencalok ataupun sambal belacan.....waduhhhh boleh tambah 2-3 pinggan tau..


7 ulasan:

  1. sedap ni..tapi kalau boleh tak nak pedas sangat

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Negeri lainpun ada menu massk lemak, bukannya negeri sembilan je. Masak lemak negeri lain lebih berkhasiat sebab ada masuk bawang merah dan bawang putih..

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...