OOO

Khamis, Ogos 25, 2016

Freeport A'Famosa Outlet Alor Gajah Melaka

Assalammualaikum semua

Bila ada tempat baru buka dah tentu semua nak gi jenguk kan, termasuklah akak.  Kebetulan balik dari rumah Yana kat Batu Pahat, akak ajak suami singgah tenguk.

 Freeport A’Famosa Outlet secara rasminya di buka pada 5 Disember 2015 terletak bersebelahan A Famosa
Memang cantiklah tempat ni, tapi kalau cuaca panas, memang kena masuk dalam kedai aaa, duk tempat dingin.

Ada lebih kurang 60 jenama yang di jual seperti Forever 21, Cotton On, Triumph, Levi’s, Melinda Looi, Vero Moda, Only, Esprit, Sacoor Brothers, Playboy, U.S. Polo, Chai Fashion Outlet, Luv Lux, G2000, Camel, Young Hearts, Poney, Toy World, Curiosity Fashion, Nike, Stay Fit, Aviva, Brooks, Li-Ning, Puma, Rip Curl, Geox, Wonder Rococo, Sembonia, Samsonite, Skechers, Elle, Cosas United, Hyper Gear, Crocs, Aivoria, Florsheim, Naquirkee, Obermain, Hush Puppies, Mood Board, Carlo Rino, Daphne, Clarks, Optical 88, Folli Follie, Star Ted, City Chain and many more.
 Kanak-kanak suka aaa naik ni, free ..ikut nasib gak, kalau ramai kena tunggu lama, nasib baiklah time cucu nak naik orang dah berkurangan, boleh naik berkali kali pulak tu.
 Ambik gambar feeling feeling cam ada kat overseaaa aaaa, cantik aaa tempat ni

Candy warna warni yang tak boleh di makan, cuma boleh di lihat sahaja.  Oleh kerana dah janji dengan suami cuma nak jenguk, tak boleh aaa beli belah.

Bila ada tempat shopping ni, banyaklah kedai makan tumbuh di sepanjang jalan, termasuklah Cendul Bakar.

Dahlah jalan kecik, dah tentu aaa jalan sesak bila tiba hujung minggu.  

Sekarang ni tengah buat jalan besar, tak lama lagi siaplah gamaknya, kami memang kalau balik kampung suami kena lalu jalan ni, kalau sesak sangat boleh ikut jalan Tampin.

Oleh kerana nak jenguk ajer, taklah keluar satu sen pun duit akak, cuma window shopping.

Alamat
Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel: +606-552-8573 & +606-552-8051

1 ulasan:

  1. Salam perkenalan Kak ina...
    Tak pernah pergi lagi tapi pernah lalu kat depan Freeport tu. Jalan punyalah 'jem' kat situ. Mungkin lain kali boleh singgah.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...