OOO

Isnin, Ogos 29, 2016

Resepi Ikan Siakap Paprik Ala Thai Sedap

Assalammualaikum semua

Maaflah terlupa nak ambik gambar ikan bersama sos, sebab masing masing dah lapar.  Cuma sempat ambik gambar bila buat video nak masuk dalam instagram tetapi video tak berapa jadi lah pulak.  
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat

1 batang serai-titik hujung
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong


Bahan-bahan Sos
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram

sedikit kicap
sedikit sos ikan
garam
1/2  cawan air

Bahan untuk dilumur atas ikan

tepung jagung secukupnya
jus limau kasturi

sedikit serbuk kunyitgaram
Cara-caranya
Bersihkan ikan dan kelar badan ikan dan lumur dengan jus limau kasturi bersama garam. Biarkan selama 20 minit.
Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan tepung jagung.  

Goreng dalam minyak yang penuh sehingga berwarna keemasan. Toskan.
Panaskan sedikit minya dalam kuali lain dan tumis bawang putih, serai dan cili api sehingga naik baunya.


Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga naik minyak.
Masukkan semua sos dan air hingga mendidih.
Masukkan semua sayuran hingga lembut, masukkan sedikit garam boleh di padamkan api.
Tuang di atas ikan siakap yang telah di goreng tadi.

4 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers