Jumaat, September 23, 2016

Cabaran Hidup

Assalammualaikum semua

Setiap manusia akan menghadapai pelbagai cabaran bila meningkat dewasa.

Setiap kehidupan manusia takkan sama, terutama bila sudah memulakan kehidupan berdua dengan orang tersayang.  Kadang kala pilihan kita tak di restui, ibubapa lebih suka dengan pilihan mereka.

"Jalan menembus hutan tidak terasa panjang
jika kau mencintai orang yang akan kau temui."
- Peribahasa Afrika.

Terpaksalah anak mengalah dan menerima sahaja pilihan orangtua untuk memulakan kehidupan berumahtangga.  

Bila suami pandai mengambil hati isteri dan melayan dengan penuh kasih sayang, si isteri akan mula menerima kehadiran sang suami pilihan ibubapa.

Bila mulut mulut yang hendak di suap semakin bertambah, isteri yang di kurniakan kebolehan boleh menjahit pakaian untuk membantu suami dengan harapan agar setiap anak merasa kenyang perutnya, tiada keluh kesah dan rungutan kerana tiada apa yang perlu di hidangkan untuk anak anak tersayang.

Dugaan besar tiba bila suami di berhentikan kerja, alhamdulliah dapat duit pampasan untuk di gunakan, suami mula leka bila memikirkan wang masih banyak. 

Setiap hari menghabiskan masa di warung kopi dan mula bergaul dengan orang yang tak punya wawasan untuk berjaya.  Bila duit ashik keluar sahaja tanpa masuk ibarat mengali gunung lama lama gunung akan menjadi rata.

Bersambung....

p/s imej dari google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers