OOO

Khamis, September 29, 2016

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Campur Kentang

Assalammualaikum

Bahan-bahan
  • 15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 600 gram daging salai
  • 2 biji ubi kentang-belah 2
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 batang serai di titik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun kunyit-disiat
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam ikut keperluan

Cara-cara 
1. Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan ubi kentang.
3. Masukkan santan cair dan hidupkan api yang sederhana.
4. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.
5. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit...kacau dan pastikan ubi kentang dah empuk.
6. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...