Rabu, Oktober 12, 2016

Baked Carbonara Macaroni and Meatball Cheese

Assalammualaikum semua


Imran tak sabo nak makan panas, panas, kalau buat camni memanglah anak anak suka, tekak cam omputih cuma ayah dia ajer tak doyan sangat.

Kalau nak buh makaroni boleh, tak nak pun boleh. Kalau buh makaroni leh tahan lama perut tak yah isi lagi.

Bahan-bahan:-

  • 1 tin sos prego carbonara mushroom
  • 1 biji bawang besar (holand)
  • 1 biji capsicum hijau-lupa nak beli
  • cheese (Parmesan yang dah siap parut / Mozarela cheese / atau cheese sekeping tu pon boleh)
  • 1/2 cawan susu segar 
  • Bebola daging atau ayam 
  • sedikit oregano dan rosemary kering
  • sedikit lada hitam / garam (kalau perlu)
  • makaroni-rebus sehingga lembut dan toskan
Goreng bawang dengan sedikit minyak zaiton, masukkan bebola dan capsium.
Goreng sehingga keperangan bolehlah tutup api.

Dalam kuali lain, masak sos carbonara hingga mendidih, masukkan susu segar kacau dan padam api.

Masukkan selangseli makaroni dan bebola, setiap lapisan letakan sos carbonara dan taburkan mozarella cheese sehingga habis dan atas sekali tabur lebih sikit mozarella cheese.


Masuk oven dan bakar dalam guna api atas sehingga cheese cair, bergantung pada oven masing-masing 5 atau10 minit.

4 ulasan:

  1. Sedapnya!!!!
    Nak buat!
    TQ share resipi :)

    BalasPadam
  2. Fuh ! Sangat sedap...tq share resipi =).

    BalasPadam
  3. tengok pun dah teringin ni. nak kena buat juga ni

    BalasPadam
  4. My peberet jugak ni..
    tapi tu la kat rumah Oven tak de..huhuu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers