Khamis, Oktober 06, 2016

Homestay Di Bukit Mertajam

Assalammualaikum semua

Bila Yana ajak gi rumah rakan yang naik pelamin di Bukit Mertajam Pulau Pinang, akak ikut ajer sebab akak ni suka tenguk tempat orang.

Dulu masa kerja pernah gi kursus kat Kepala Batas, tapi taklah jejalan pun sebab tengah mengandungkan Imran.  Ada gak buat lawatan ke USM Pulau Pinang, tapi bila ajak jejalan ke Padang Besar akak tak gi.  

Oleh sebab pegi ramai-ramai, nak sewa hotel dah tentulah mahal sebab kena ambik banyak bilik. Takkan nak duk reramai satu bilik, tentulah tak selesa kan, lagipun sampai dah petang, esok lepas makan nak terus balik rumah.

Cuti panjang, homestay banyak orang dah booked, akak cari last minute, agak renyah gak aa pm kat fb dan whatapps.  Kebetulan ada sorang owner homestay yang baik hati tolong carikan kat group homestay.
Alhamdulliah owner Homestay ni whatapps akak bagitau masih ada kosong. Syukur alhamdulliah.
Owner duk kat belah depan, homestaynya kat belah belakang.  Mula mula kami sesat, nasib baik owner bagi location dan tunggu kat depan rumah.
 Ada tiga bilik, cukup buat kami anak beranak
Microwave, Mini Bar Refrigerator, Dining ware
Mana tempat nak makan sedap akak tanya ajer kat owner melalui whatapps, lokasi ni senang nak cari makan.  
 Pekena kat kedai mamak, kari kambing
nan dan tandori kat Restoran Kapitan Bandar Perda BM

Sape sape nak cari homestay di Pulau Pinang bolehlah ke sini, harga sangat berpatutan.

No talipon : 019-543 5865
Tenguk kat facebook homestay bukit mertajam
yer

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers