Selasa, Oktober 18, 2016

Pantai Teluk Cempedak Kuantan Pahang

Assalammualaikum semua

Dah lama sungguh tak pergi ke Teluk Cempedak, rasanya pergi ke sini 1 kali sahaja sepanjang perkawinan kami.

Masa baru baru jadi suami isteri, tumpang pak saudara gi rumah dia kat Kuantan bersama dengan arwah atok suami dan bapa mertua pada tahun 1986.

Nak hilangkan boring, beliau ajak gi jejalan kat Teluk Cempedak.  Gi main tepi laut dan bercanda bersama suami tersayang.  Gambo ada tapi malas nak cari

Pastu tak pergi lagi dah sebab banyak gi ke Cherating.  Bila pergi dah banyak perubahan dah kat sini.
 Dah ada tempat makanan segera, tak silap ada tiga
 masih lagi cantik pantai kat sini
 cuaca panas leting tengahari, 
tak ramai yang gi ke laut
ada gak bazar
Parking pun dah berbayar, tak boleh suka suka parking, takut nanti kena saman.  Bila petang lagi havoc kot.  Kami singgah sebentar sajer, mengimbau balik tempat bergurau senda bersama anak saudara suami.

5 ulasan:

  1. Teluk Cempedak memang cantik.. LeYa pun dah lama tak ke sana

    BalasPadam
  2. cantik tapi part parking kena bayar tu yg lemah.. haha.. walau singgit je.. lama dah tak gi kecuali gi beli KFC dan MCd je..

    BalasPadam
  3. Amboi! serius lama sangat tu tahun 1986 tapi masih ingat lagi.
    Mrs. A pun dah lama sangat masa pergi pantai Teluk Cempedak ni dulu sampaikan tak ingat dah.
    Time tu masih single lagiks

    BalasPadam
  4. wan pon baru je pergi teluk cempedak awal bulan hari tu. cantik tempat dia.

    BalasPadam
  5. Tempat sangat cantik, angin sepoi sepoi, tido kat pantai bawah pokok sangat best....suasana cantik dan mendayu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers