OOO

Selasa, Mac 14, 2017

Cara Buat Chapati Lembut

Assalammualaikum semua💗

Punyalah sibuk sehingga tak sempat nak update blog.  Bukan akak sorang ajer, ramai dah geng blogger dah biarkan blog bersawang.😢


Mungkin faktor jemu ataupun tak ada masa hinggakan jadi macam tu.😴



Dah lama sungguh tak buat capat, bila gi Jaya Supermarket kat Bangi ternampak tepung atta/wheat flour jenama yang akak suka guna.😍

Apalagi esok pagi buat untuk sarapan, buat sardin campur kentang😉

Bahan-bahannya



  • 2 cawan tepung atta
  • 1 cawan air suam (tambah 2 sudu makan jika perlu)
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar susu segar/kotak
  • secubit garam
  • sedikit minyak/gee sapu atas roti bila dah masak.

Cara-caranya

  1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas dan masukkan garam dan kacau rata. 
  2. Masukan air suam  sedikit demi sedikit dan masukkan susu sekali. 
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh melekat kat tangan, masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut.
  4. Uli lagi sehingga 5 minit dan doh jadi licin dan lembut.
  5. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 1/2 sehingga 1 jam. Setelah itu bahagikan doh kepada doh yang kecil.
  6. Canai doh (jika melekat taburkan sedikit tepung atta/capati) dan masak dalam non stick pan dengan api sederhana sehingga keluar gelembung kecil.
  7. Angkat dari pan dan letakkan sedikit minyak sapi/marjerin/mentega atas capati yang telah di masak dan ulangi proses sehingga habis.

4 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers