OOO

Selasa, Mac 28, 2017

Resepi Daging Unta Masak Kicap

Assalammualaikum semua

Masa akak gi jumpa suami kat Abu Dhabi, setiap hujung minggu, kami akan pegi jejalan.  Bila pergi ke C4 dekat mall, barulah jumpa daging unta fresh.


Suka hatilah suami akak ni, yang  tak kisah makan daging yang jarang jumpa.  Dah lama dah masak tapi lupa nak buh resepi kat blog.😁


Oleh sebab payah nak buat lauk yang banyak bahan, akak buat ajer daging masak kicap. Kami beli cuma 1/2 kg, sebab akak tak pernah rasa lagi daging ni, takut tak boleh telan.

Harga se kg 44 dirham, akak masak untuk 2 kali.πŸ˜‰

Bahan-bahan
  • Daging unta-hiris nipis, basuh dan toskan
  • 1/2  labu bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 inci halia dihiris
  • Sedikit lada hitam-tumbuk kasar
  • Garam dan serbuk kunyit
  • Sedikit kicap
  • Sedikit minyak

  1. Cara-cara
  • Daging diperap bersama kunyit  dan garam selama 15 minit. 
  • Tumis dengan sedikit minyak bawang putih dan halia sehingga wangi.
  • Masukkan  daging tadi dan goreng hingga hampir masak.
  • Masukkan sedikit kicap, sedikit air dan serbuk lada hitam serta bawang besar.
  • Masak hingga sedikit pekat.
  • Bolehlah di angkat dan siap untuk di makan.


p/s rupanya sedap daging unta ni, lembut dan manis rasanya.😍


2 ulasan:

  1. ALAMAK..CCL TAK PERNAH LAGI JAMAH DAGING UNTA NI ...

    BalasPadam
  2. Salam Kak Ina..kat sini rasanya payah nak jumpa daging unta kot

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers