OOO

Khamis, Mac 16, 2017

Tak Boleh Ker Bayi Tidur Dalam Buai

Assalamualaikum 

Banyak isu pasal bayi tidur dalam buai rupanya. Katanya ada keburukan jika bayi tidur dalam buai.πŸ’₯

Akak ceritakanlah pasal kisah akak masa kecil pulak yer.😊

Masa anak pertama memang mak akak tidurkan Russhdi dalam buai sebab akak kerja.  Bila akak berhenti kerja dan berpindah ke Johor Bharu, Russhdi masih lagi tidur buai. πŸ˜‰

Bila balik kampung naik keretapi pun kena bawa buai, punyalah rajin kami masa tu.  Kat kampung pun arwah mil buatkan buai kat palang pintu nak bagi dia tiru lena katanya.😌

Kenalah ikut cakap orang tua kan, sebab kita masih lagi muda, mereka dah banyak makan garam dari kita.😌

Bila lahir anak kedua, Firdaus akak tak masukkan dalam buai sebab dah jadi suri rumah tangga sepenuh masa.  Lagipun senang nak jaga masa dia kecik lagi.😊

Bila anak ke tiga, Yana lahir setahun selepas tu, haru biru gak bila ada anak kecik 3 orang.

Sebab umur selang setahun dari Yana, Firdaus kadang kadang masuk buai. Penat ooo jaga anak kecik dua orang, yang sulung dah pandai berdikari.
Tapi bila balik rumah mak ataupun balik kampung suami memang kena masuk buai aaa.  Jangan lawan orang tua aaπŸ˜…
Bila anak keempat Ira lahir, akak dah bekerja semula.  Bagi mak jaga apalagi kena masuk buai sebab mak kata senang nak buat kerja.πŸ˜‘
Masa Imran pula kalau kat rumah mak memang masuk buai, kat rumah akak tak aa😏

Semua buai tu guna spring saja, tak guna karan cam sekarang ni. 


Sekarang ni cucu akak Humiara dan Raqib pun tidur dalam buai kat rumah besan.

Aiman pun masuk buai kat rumah pengasuh. Pengasuh umur lebih kurang baya akak, pastu ada mengasuh anak orang lain.😘

Tak bolehlah banyak songel bila orang jaga, janji anak kita selamat dan di jaga dengan baik sudahlah.

p/s kalau dapat anak senang tidur, ok lah tapi bukan semua orang merasa pengalaman sebegitu. Ada yang tidur sececah..haru dibuatnya, tak sempat nak masak dan kemas rumah dibuatnya.


2 ulasan:

  1. betul..anak saya pun tidur buai masa kecik2...umh pengasuh pun tido buai...tp bila malam tidur dlm bbycot..tp bila balik kg sebelah umh papa diorg..xtido buai la..sbb umh batu xde plk la nak gantung2 buai...so elok jer la tdonya...xde buai @ ada buai ok jer...xde la meminta buai jer....alhamdulillah senang di jaga budak2 ni...cukup 4thun asingkan bilik tidur...

    BalasPadam
  2. Kite anak sulung dulu masuk buai, sudahnya kemain azab nak pegi mane2.. Anak no.2 kite cekalkan hati xnak buai sampai dia umur 6bln gitu kot, Alhamdulillah dia ok je tido kat tilam or buai

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers